Rabu, 04 Maret 2009
Ass..
Kini telah bermula sesi pengkuliahan, minggu pertama menjadikan para mahasiswa menganggap suatu minggu yang amat penting bagi mereka. Akan tetapi tidak begitu pada mahasiswa uin, karena bagi mereka adalah peluang amat berharga untuk memanjangkan minggu cuti, karena banyak hal yang bisa dilakukan pada hari tersebut bagi mengukir sejarah dalam kehidupan yang mungkin barangkali tidak bisa dibuat pada hari-hari lain. Sementara itu, mahasiswa telah diberi peluang dan telah ditetapkan oleh lembaga akademik bahwa tidak akan diberi masuk ujian jika yang melebihi 3 kali ponteng. Maka mahasiswa menganggap ini adalah suatu yang enteng. Kembali pada tajuk utama yang akan kita kasi tahu pada teman-teman. Hari ini merupakan hari pertama dalam kelas, anak-anak ushuluddin sekali lagi didedahkan dengan perkara yang amat baru untuk diterima, selama ini kita belajar mengikut al-qur'an dan sunnah, tapi disini, kita belajar mengenai ulama'-ulama' baru yang telah dianggap murtad atau keluar dari landasan. Belanda dan Iran suatu negara yang bebas dalam pemikiran so secara tidak langsung kita belajar dan mengkaji tentang metodologi dan pemikiran yang dibawa meraka. Walaupun kita tidak belajar dengan pak dosen yang mengeluarkan pemikiran itu, tapi sudah cukup pusing belajar dengan anak murid mereka kelahiran Mc Gill-Belanda. Ketika dosen membahas tentang ideology guru mereka iaitu Orientalis mengenai orang luar mengkaji islam dalam mata kuliah Kajian Orientalis Terhadap al-Qur'an Dan Hadits, kita terkejut bangat karena dosen berani meremehkan dosa pahala yang dianggap penting bagi seorang muslim. Karena dosa-lah yang boleh menyebabkan seseorang itu masuk neraka, apa mungkin mereka tidak takut akan neraka, waduhhh...enak aja bermain dengan dosa, bisa dianggap kafir kok..
Kesalahan dalam membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan masalah ketuhanan dan keagamaan termasuk bahaya lidah, bila kesalahan itu bersumber dari ketidaktahuan, Allah masih mungkin akan mengampuninya. Ungkapan pertama yang dilarang karena mengakibatkan syirik. Diriwayatkan bahwa seseorang berkata dihadapan Rasul Saw, “Allah menghendaki dan aku berkehendak” beliau bersabda, ”apakah kau hendak menyekutukan Allah? Yang berkehendak hanya Allah semata” Sementara itu, pada mata kuliah lain semesta lepas dosen itu juga yang mengajar tentang Pendekatan Modern Tafsir Qur'an. Hari pertama aja udah mengajar mengenai kosa kata arab bisa diubah menjadi makna lain berdasar metode yang di bawa oleh orang iran seperti Fazlur Rahman, Faris Essack, Hasan Hanafi dan lain-lain. Jika sudah makna yang ditukar menjadi makna lain yang tidak berlandaskan Ulama' Salaf, makanya semakin pening dan rusak agama islam. Sedangkan mereka juga berani mengkritik keperibadian dan kezuhudan ulama salaf apatah lagi untuk menentang mereka, cukup mudah dan enak bagi mereka untuk menghentam dengan lebih hebat karena mereka sudah tidak ada pedoman dan telah terpesong dari landasan Sunnah dan Jemaah.
Sekali lagi kita telah dibentangkan dengan mata kuliah lain iaitu Semiotik dan Hermeneutik, walaupun dosen lain iaitu kelahiran Indonesia tapi dosen ini juga lebih kurang dengan yang diatas, memang bagi mereka tidak biasa menapis percakapan mereka, karena lisan yang sudah biasa bercakap dengan perkara begitu, ya udah, makanya akan biasa menuturkan begitu. Apa mungkin dosen yang mengajar di Universitas Islam Negeri bisa mengungkapkan dan mempermainkan soal murtad. Seperti dikatakan oleh dosen Tafsir Hadis bapak F**** P*** "bilamana mengkaji tentang hermeneutik, maka kemungkinan kita akan terpengaruh dan bisa jadi murtad, nggak apa-apa kok jika murtad, asal berguna". Ewwahh..sebarangan aja ngomong kayak gitu, emang udah dijamin syurga?munafik?..memutar belitkan kata, makna dan agama. Karena itu, ada hadis menyebut bahwa Rasulullah bersabda "yang paling aku takuti menimpa kepada umatku ialah munafik yang pandai berbicara" insan yang bernama manusia memang tidak lepas dari dosa, kadangkala manusia sering lupa, sehingga sampai tahap mereka menganggap tiada kesalahan jika berbuat sesuatu perkara yang salah menurut al-Qur'an dan Sunnah. Sementara pintu taubat masih lagi terbuka luas bagi manusia, kita berharap agar kita semua dijauhkan dari dosa dan menuju kepada kebahagiaan dunia dan akhirat..-belebab goreng.
Sabtu, 08 November 2008
Jangan Mengharap Supaya Jasamu Dikenang



إِنْ جَزَتْنِيْ فِيْ مَدِيْحِيْ صِرْتُ فِيْ * رِقِّهَا أَوْ لاَ فَيَكْفِيْنِيْ الْخَجَلْ
"Aku tidak mengharapkan supaya orang mencium tanganku, Kalau tangan ini dipotong maka rasanya lebih baik dari ciuman itu"
Bila jasaku telah dibalas maka aku menjadi hamba kepada balasan itu, atau sekurang-kurangnya aku sendiri sudah merasa malu"
keterangan :-
Ikhlas merupakan sifat terpuji yang sangat sudah untuk dicapai. Ramai orang yang rajin beramal tetapi sedikit orang yang ikhlas. Apabila sesuatu jasa ditaburkan di masyarakat, itu adalah suatu perkara yang biasa dilakukan orang. Perkara yang begitu sukar dalam perbuatan ialah ikhlas itu sendiri. Antara tanda-tanda ikhlas itu, seseorang itu beramal atau berkhidmat tanpa menunggu sebarang balasan dalam bentuk harta benda, pujian atau kedudukan di hati orang lain.
Kita menabur jasa bukan bertujuan supaya orang berterima kasih kepada kita atau supaya orang mencium tangan kita. Kita juga tidak mengharapkan supaya orang mengagungkan kita atau mendewakan kita. Kalau begitu sungguh rendah tujuan dan maksud kita dalam suatu amalan. Kita berbuat kebajikan supaya mendapat pahala di sisi Allah atau mendapat radhanya. Tidak lebih dari itu. Jadi, sekiranya manusia berterima kasih atau tidak itu bukan menjadi persoalan. Apakah jasa kita akan dibalas atau tidak, itu terserah. Usaha kita tidak bertambah dengan balasan manusia dan tidak pula berkurang dengan cercaan mereka. Perkara paling penting ialah kita melakukan sesuatu dengan ikhlas bagi mendapat keredhaan dan pahala dariNya.
Petikan dari kitab: Lamiyah Ibnil Ward
Warkah buat sahabatku...
Terjemahan Online 2kitab suci

Terjemahan Al-Quran online dalam pelbagai bahasa bukan lah perkara ganjil, tapi jika ada kamus terjemahan untuk dua kitab suci, mungkin ini perkara baru dan menatan buat kita umat Islam.
Baru-baru ini, Radio Nederland Wereldomroep bekerjasama dengan organisasi antara gereja Belanda, IKON, melancarkan program layanan online baru iaitu terjemahan bible dan Al-Quran sekaligus. Layanan ini dapat diakses dalam tiga bahasa: Belanda, Ingeris dan Arab dalam satu laman web.
Contohnya, ingin mencari kata “Isa” di dalam A-Quran dan Al-Kitab. Cukup dengan sekali klik dan ianya akan mengeluarkan hasil bersebelahan: di sebelah kiri versi Al-Kitab dan disebelah kanan Al-Quran. Begitu juga jika kita menaip kata kunci contohnya perempuan, hukum rejam atau apa sahaja, hasilnya akan ditampilkan seperti di atas, pencariannya begitu mudah dan cepat.
Walaupun nampak biasa, pencipta web ini telah menimbulkan rasa tidak selesa beberapa pengamat dari Barat dan sudah tentu ianya amat merisaukan kita. Projek ini menurut para pengritiknya, dianggap agak mengherankan, namun menurut pengasasnya, dibuat web ini kerana ada banyak persamaan antara kedua agama besar ini.
Khabarnya IKON akan mengembangkan web ini ke dalam berbagai bahasa lain, untuk masa terdekat adalah keperluan bahas Indonesia, Spanyol dan China.
Yang perlu kita sedari, penerjemah Al-Quran untuk web ini adalah Fred Leemhuis, merupakan seorang yang dikenal sebagai “pengkritik” Al-Quran. Nah, jika dalam penerjemahanya nanti ada yang disembunyikan dan diubah. Kita semua harap berhati-hati dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk sama-sama membendung. Laman tersebut: http://www.bibleandkoran.net/search.php. Kami percaya masih banyak laman-laman seperti ini yang sedang menyerang untuk menyesatkan ummat Islam dan orang-orang yang mahu mendekati Islam pada hari ini. *Dipetik dari Suara Hidayah
Syeikh Abu Hassan as-Syazili

| Sheikh Fadhlullah As-Suhaimi : Ulama Pengasas PAS |
| Nama Sheikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi sangat tidak asing di kalangan masyarakat Islam di negara ini, khususnya pada dekad 40-an hingga 60-an. Beliau bukan sahaja pendakwah yang terkemuka, tetapi juga pemimpin gerakan Islam yang amat berjasa di negara ini. Sheikh Fadhlullah Suhaimi merupakan anak kepada Sheikh Muhammad Suhaimi, wali Allah yang dipercayai oleh pengikut Kumpulan Al-Arqam yang akan muncul sebagai Imam Mahdi. Sheikh Fadhlullah Suhaimi dilahirkan pada 1886 di Singapura dalam sebuah keluarga ulamak yang berketurunan Ba'lawi Bani Basyaiban yang berasal dari Hadhralmaut. Keluarganya berpindah dari Tanah Arab ke India pada abad ke-10, kemudian ke Jawa, sebelum ke Singapura. Bapanya mempunyai murid yang ramai di Klang dan Singapura. Selepas mendapat pendidikan asas daripada bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad bin Abdullah Suhaimi, beliau telah berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu agama. Menjelang Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi sudah belajar di Universiti al-Azhar, Mesir. Ketika di Mesir, beliau menjadi pengarang majalah "al-Ittihad", sekali gus pengurus kepada Syarikat Ittihidah dan Matba'ah Ittihad. Beliau menyiapkan karya pertamanya, "Pelajaran Tauhid" terbitan Matba'ah Ittihad pada 1914. Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Mudir Madrasah as-Saqqaf pada 1916 sebelum berhijrah ke Jawa kerana membuka sekolah Arab di sana. Selepas kembali ke Singapura beliau menerbitkan kitab-kitab agama dan menerbitkan majalah "Jasa" di Johor Bahru. Beliau juga mengasaskan Kulliyyah al-Attas di Johor Bahru atas dorongan Datuk Syed Hassan Ahmad al-Attas pada 1931. Pada 1937, beliau membuka Kulliyyah al-Firdaus yang mengajar tafsir dan fiqh di Singapura sehingga awal 1942 yang terhenti akibat Perang Jepun. Selepas itu, Sheikh Fadhullah mengajar di Kota Bharu, Kelantan beberapa ketika pada zaman Jepun sehinggalah beliau dilantik sebagai Mudir Kulliyyah al-Lughah wa ad-Din, Pekan, Pahang pada 1955. Beliau juga pernah menjadi Imam di Masjid al-Ma'ruf, Singapura selain menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Jabatan Agama Islam Johor. Pada 1936, beliau mengasaskan Madrasah al-Ma'rif al-Islamiyah di Ipoh Road, Singapura yang kemudian diwarisi oleh anaknya, Ustaz Taha Suhaimi. Walaupun terlibat dalam dunia pendidikan di Singapura, Johor Bahru, Jawa, Kelantan dan Pahang; nama beliau mula menonjol dalam perdebatan Kaum Muda-Kaum Tua yang tercetus sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Beliau yang mendukung fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bertentangan pendapat dengan Sheikh Hassan Ahmad atau terkenal sebagai Hassan Bandung yang dikatakan mendukung pemikiran Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim. Melalui majalah "Pembela Islam" dan kitab Soal Jawab, Hassan Bandung melontarkan pemikiran-pemikiran baru Islam yang dianggap bertentangan dengan Kaum Tua. Sheikh Fadhlullah kemudian menghasilkan "Buah Kulliyyah al-Attas" untuk menjawab pemikiran Hassan Bandung. Perdebatan berterusan ini membawa kepada cabaran oleh Hassan Bandung untuk berlawan pendapat melalui majalahnya, "Pembela Islam". Persoalan pegangan Ahli Sunnah, amalan bid'ah dan fahaman Kaum Muda kemudian dijelaskan secara bijaksana oleh Sheikh Fadhlullah sehingga ia dapat diselesaikan dengan baik. Walau bagaimanapun, Sheikh Fadhlullah dikatakan pernah berdebat dengan Hassan Bandung pada awal 1950 di Pulau Pinang. Beberapa pengikut Hassan Bandung yang terkenal seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Abdullah Maghribi dan Sheikh Ibrahim Aqibi bergiat di Pulau Pinang, kerana itu perdebatan berlaku di sana. Selain itu juga, beliau telah menghasilkan lebih 35 buah karya agama dalam pelbagai bidang seperti fiqh, tafsir, tauhid, sejarah, pemikiran Kaum Muda dan lain-lain, serta menterjemahkan kitab "al-Munjid" yang diterbitkan di Jakarta. Beliau juga dikatakan berjaya menghasilkan sebuah tafsir al-Quran. Tumpuan kegiatan dakwah beliau banyak terfokus kepada usaha-usaha membangunkn semula umat Islam seperti zaman kegemilangan dahulu. Beliau turut terlibat dalam gerakan tariqat kerana ayahnya sendiri adalah pengasas Aurad Muhammadiyah yang terkenal itu. Gelaran yang diberikan oleh muridnya, Pehin Mufti Haji Ismail al-'Allamah al-Murabbi al-Khabir wal Khathibul Qadir wad Da`ie al-Basyir ila Allah s.w.t. asy-Syaikh Muhammad Fadhlullah ibn asy-Syaikh Muhammad as-Suhaimi menggambarkan keluasan ilmunya. Dalam bidang politik, Sheikh Fadhlullah mula terlibat secara langsung ketika berada di Kelantan kerana kebanyakkan muridnya terlibat dalam politik. Antara muridnya yang terkenal di Kelantan ialah Ustaz Wan Sulaiman Ibrahim yang pernah belajar di Kulliyyah al-Attas sebelum menjadi wakil rakyat PAS semenjak 1959. Sheikh Fadhlullah juga beberapa kali mewakili umat Islam di Kelantan dalam persidangan-persidangan politik Melayu di Kuala Lumpur sekitar selepas Perang Dunia Kedua. Di Singapura, beliau juga terlibat dalam beberapa pertubuhan Islam. Ketika gerakan kemerdekaan mulai memuncak, nama Sheikh Fadhlullah mulai terkenal sebagai seorang ulama yang aktif dalam gerakan antipenjajah. Semasa para ulama bersidang di Muar atas anjuran Umno, Sheikh Fadhlullah telah hadir mewakili umat Islam Singapura walaupun beliau bukan ahli Umno. Dalam Persidangan Alim Ulama Malaya Kedua di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 yang telah berjaya menubuhkan PAS, Sheikh Fadhlullah memainkan peranan penting ke arah menjayakan usaha menubuhkan parti politik Islam ini. Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS ketika itu, nama Sheikh Fadhlullah telah diputuskan oleh persidangan tersebut sebagai salah seorang daripada lima ulama yang akan mengemukakan rayuan kepada Raja-raja Melayu untuk membolehkan sebuah pertubuhan ulama diasaskan, sekali gus menyelaraskan jabatan-jabatan agama di seluruh negara. Walaupun nama beliau tidak muncul dalam kepemimpinan PAS selepas itu, tetapi beliau merupakan tenaga penting dalam meluaskan pengaruh PAS di Singapura pada awal 1950-an. Faktor kedudukan beliau sebagai Mudir Kulliyyah al-Lughah wa ad-Din di Pahang menghalang kegiatan politik beliau, tetapi anak beliau, Ustaz Taha Suhaimi telah menjadi pemimpin utama PAS Singapura sehingga 1965. Murid-murid beliau juga sama ada di Singapura, Johor, Pahang dan Kelantan kebanyakannya menjadi pendukung perjuangan PAS di seluruh negara. Sheikh Fadhlullah Suhaimi yang uzur kerana tua telah meninggal dunia di Singapura pada 16 Ogos 1964 dalam usia 78 tahun. Dua anaknya yang terkenal ialah Ustaz Taha Suhaimi, Pesuruhjaya PAS Singapura dan Ustaz Kamil Suhaimi. p/s: Saya cukup kagum dengan seorang tokoh ulama' ini, artikel ini telah di copy paste dari Harakah Daily. Apa yang membuatkan saya kagum sekali dengan beliau, ialah beliau pernah menjadi Mudir di Kuliyyah Sultan Abu Bakar, Pekan iaitu tempat saya menimba ilmu selama setahun. Semoga usaha beliau mengembangkan dakwah menjadi contoh teladan kepada kita dalam menghadapi kemelut ummat hari ini. Wallahu A'lam. |
Selasa, 26 Agustus 2008
Logo Baru
Apa yang menjadi persolan pada kami di sini adalah penampilan logo UIN yang baru saja dilancarkan ini adalah tidak menggambarkan atau telah menghapus sama sekali tanda atau mercu keIslaman secara zahirnya.

Kalau awalnya, mempunyai perkataan Al-Quran di sebelah kanandan Al-Karim disebelah kiri, sekarang di logo rasmi baru UIN sedikitpun tidak menampilkan tulisan Arab yang sinonim dengan Agama Islam itu sendiri.
Kami akui, logo baruUIN ini masih mempunyai tafsiran dari sudut Islamnya, akan tetapi apa akan terjadi sekiranya orang yang melihat logo ini buat kali pertama. Pasti mereka tidak terkesan bahwa logo ini adalah merupakan logo sebuah Universiti Islam yang namanya adalah dibuat semperna nama salah seorang ulama besar yaitu Syarif Hidayatullah yang merupakan nama asli dari salah seorang Walisongo, yaitu sembilan orang penyebar Islam di Pulau Jawa, yang terkenal dengan nama Sunan Gunung Jati.
Pada pandangan kami, logo merupakan suatu perkara yang amat penting dalam menggambarkan sesebuah institusi. Wallahua’lam….,
