Sabtu, 08 November 2008

Jangan Mengharap Supaya Jasamu Dikenang












أَنَا لاَ أَخْتَارُ تَقْبِيْلَ يَدٍ * قَطْعُهَا أَجْمَلُ مِنْ تِلْكَ الْقُبَلْ
إِنْ جَزَتْنِيْ فِيْ مَدِيْحِيْ صِرْتُ فِيْ * رِقِّهَا أَوْ لاَ فَيَكْفِيْنِيْ الْخَجَلْ

"Aku tidak mengharapkan supaya orang mencium tanganku, Kalau tangan ini dipotong maka rasanya lebih baik dari ciuman itu"

Bila jasaku telah dibalas maka aku menjadi hamba kepada balasan itu, atau sekurang-kurangnya aku sendiri sudah merasa malu"


keterangan :-

Ikhlas merupakan sifat terpuji yang sangat sudah untuk dicapai. Ramai orang yang rajin beramal tetapi sedikit orang yang ikhlas. Apabila sesuatu jasa ditaburkan di masyarakat, itu adalah suatu perkara yang biasa dilakukan orang. Perkara yang begitu sukar dalam perbuatan ialah ikhlas itu sendiri. Antara tanda-tanda ikhlas itu, seseorang itu beramal atau berkhidmat tanpa menunggu sebarang balasan dalam bentuk harta benda, pujian atau kedudukan di hati orang lain.

Kita menabur jasa bukan bertujuan supaya orang berterima kasih kepada kita atau supaya orang mencium tangan kita. Kita juga tidak mengharapkan supaya orang mengagungkan kita atau mendewakan kita. Kalau begitu sungguh rendah tujuan dan maksud kita dalam suatu amalan. Kita berbuat kebajikan supaya mendapat pahala di sisi Allah atau mendapat radhanya. Tidak lebih dari itu. Jadi, sekiranya manusia berterima kasih atau tidak itu bukan menjadi persoalan. Apakah jasa kita akan dibalas atau tidak, itu terserah. Usaha kita tidak bertambah dengan balasan manusia dan tidak pula berkurang dengan cercaan mereka. Perkara paling penting ialah kita melakukan sesuatu dengan ikhlas bagi mendapat keredhaan dan pahala dariNya.


Petikan dari kitab: Lamiyah Ibnil Ward

Tidak ada komentar: