Minggu, 27 Juli 2008

.::Dakwah Berangkai 1::.





Dakwah dan pendakwah



Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain."

(Yusuf: 108)

Ayat yang diturunkan di Mekah ini secara tegas menyatakan bahawa dakwah merupakan sunnah, jalan dan merupakan cara hidup (way of life) Rasulullah saw. Alangkah bahagia seseorang muslim jika sentiasa istiqomah di dalam perjuangan. Pada hari ini kita yang merupakan penikmat dakwah hasil dari usaha gigih ulama-ulama yang terdahulu mestilah pandai menghargai dakwah yang kita nikmati. Dari seorang penikmat yang biasa, kita sama-sama berubah menjadi penikmat yang betul-betul bersyukur dengan kita pula yang menjadi seorang pendakwah.

Pendakwah tidak akan pupus

Sebagai umat Islam kita mestilah meyakini bahawa hidup kita akan berakhir, dunia akan kiamat dan kita mestilah sedar bahawa masa (waktu) tidak pernah akan berhenti. Kita tidak akan mampu untuk berdiam diri jika benar-benar menyedari hal ini. Akan tetapi Syaitan dan nafsu tidak pernah akur kepada anak adam melainkan kita mengikut kehendak mereka. Disebabkan hal ini, ramai manusia telah terjerumus ke dalam syurga dunia. Mengapu bagai tidak mempunyai Tuhan, tamak mengumpul harta walau teman dan sanak saudara sendiri yang menjadi mangsa, meninggalkan solat seenak hati tanpa menyedari dosa yang mereka cari.

Walupun begitu, dunia Allah tidak pernah akan langka dengan pendakwah yang berwibawa. Apa yang membimbangkan kita adalah, apakah kita yang akan menjadi pendakwah itu?. Atau, apakah kita yang tanpa disedari merupakan penghalang kepada kebangkitan Islam atau merupakan pelemah semangat kepada teman-teman? Contoh yang buruk kita paparkan hingga orang yang coba untuk dekat dengan Islam menjadi ragu-ragu untuk bersama Islam! Nauzubllah..,

Jangan sampai Allah menukarkan kita dengan ummat yang lain…., sebagai ganti kepada pendakwah yang telah dan akan meninggalkan kita.

Harta rebutan

Dipandang dari jauh bersinar dan menyelerakan, terasa sekali ingin mengapai dan mememinumnya tanpa henti. Inilah rialiti air yang berada di lekukan padang pasir dan jalan raya yang terbentang jauh di depan mata kita pada waktu hari panas membara. Harta yang ingin dikumpulkan di dunia adalah sepertinya, hanya merupakan khayalan semata, melainkan harta yang dikumpulkan untuk kepentingan ahirat. Patutlah Siti Khatijah isteri Rasulullah telah mengorbankan hartanya, Saidina Abu Bakar, Saudagar yang kaya rela menjadi miskin dimata manusia. Memang mereka benar-benar bersedia dan inginkan harta yang bermanfaat.
Pantas kalau kita katakan Jihad bukanlah hanya pada kata-kata sahaja. Ini kerana harta, keselesaan, rumah tangga bahkan nyawa akan jadi taruhan dalam dakwa (Jihad). Siapa yang sanggup? Sekadar berkata-kata semua mampu. Tetapi dimana kita yang sebenarnya? Apa tujuan asal kita menuntut Ilmu? Dimana dakwah kita? Harta yang mana sebenarnya yang kita cari?
Apakah cukup harta yang menjadi rebutan kita adalah harta Dunia semata? Teman-teman, andai harta dunia yang kita rebutkan, tidaklah perlu ke negara orang kita merantau dengan beralasan menuntut Ilmu Agama!!! Bangunlah wahai teman-teman, sama-sama kita bangkit untuk meneruskan dakwah dan mengembalikan kegemilangan Islam. Wallahua’lam…,

Tidak ada komentar: